MB Perak kecewa semangat patriotik hanya dalam sukan

in Nasional by


TAPAH – Jangan hanya ada perasaan cintakan negara ketika Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan, demikian perumpamaan yang diberi Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengenai semangat patriotik rakyat negara ini.


Kedua-duanya adalah jaguh badminton dunia.


Beliau berkata adalah amat mengecewakan apabila masyarakat kini dilihat hanya menzahirkan perasaan cintakan negara ketika bersukan tetapi tidak pada bulan kebangsaan.


Sehubungan itu, beliau menyeru agar setiap individu dapat mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan masing-masing.


 “Kita kena kembalikan rakyat bersatu hati cintakan negara terapkan semangat rukun negara dan cintakan perlembagaan ia bermula dengan perkara paling kecil iaitu kibarkan jalur gemilang.


“Saya amat kecewa apabila dalam perjalanan saya hari ini dari Ipoh ke Tapah tidak nampak satu bendera pun dipasang (di rumah),” katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Chenderiang di sini, hari ini.


Ahmad Faizal yang juga Adun turut meminta agar semangat patriotisme diterapkan dalam kalangan kanak-kanak agar budaya memandang ringan kepada kemerdekaan dapat dihapuskan.


Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh 31 Ogos ini. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]