Mesin meletup, tiga disahkan maut

in Edisi Selangor KL by


RAWANG – Tiga pekerja terdiri seorang warga Bangladesh dan dua rakyat tempatan maut dalam insiden letupan mesin sebuah kilang di sini, pagi ini.


Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 11 pagi itu.


Sumber bomba memaklumkan, seramai lima mangsa terperangkap dihempap besi dikeluarkan dalam operasi menyelamat itu.


“Sebuah mesin proses elektrik meletup dan jatuh menghempap mangsa. Tiga disahkan meninggal dunia, seorang cedera dan seorang lagi terselamat.


” Mangsa diserahkan kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


AKAN MENYUSUL


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]