Plaza Tol Bukit Raja kembali beroperasi

in Nasional by


KLANG – Plaza Tol Bukit Raja kini beroperasi semula sepenuhnya selepas insiden siling runtuh akibat kejadian ribut yang berlaku malam tadi.


Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati semua lorong yang terjejas di plaza tol berkenaan telah berfungsi sepenuhnya bagi memastikan kelancaran lalu lintas di sini.


Di samping itu, serpihan-serpihan runtuhan juga turut dialihkan bagi memjamin keselamatan pengguna.


Menurut seorang kakitangan pembersihan di plaza tol berkenaan, Amrin Yahya,48, operasi di plaza tol berkenaan mula berjalan secara berfasa bermula jam 12 tengah malam dan telah pulih sepenuhnya pada pagi ini.


“Serpihan runtuhan juga telah dialihkan dan kini semua kenderaan dan pengguna lalu lintas dapat melalui semula plaza tol ini,”katanya.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Siling tol Bukit Raja Klang runtuh ]


http://www.sinarharian.com.my/tragedi/siling-tol-bukit-raja-klang-runtuh-1.871917


Terdahulu, kejadian itu tular selepas beberapa pengguna lebuh raya yang ingin melalui plaza tol terbabit merakam insiden tersebut dan berkongsi klip video berkenaan melalui aplikasi WhatsApp.


Berdasarkan video tersebar menunjukkan keadaan siling bumbung plaza tol (menghala Shah Alam) dari lorong pertama sehingga ke lorong terakhir runtuh.


Operator Lebuh Raya Plus Malaysia Berhad (Plus) sebelum ini dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku susulan insiden siling runtuh tersebut.


 Malah, siasatan awal mendapati tiada kecederaan dilaporkan sama ada membabitkan kakitangan mahupun pengguna lebuh raya di plaza tol berkenaan.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]