Salah ke saya bersuara?: Aishah

in Hiburan by
Aishah

Salah ke saya bersuara?: Aishah


PENYANYI terkenal, Aishah akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya berkait dengan hadiah kemenangannya pada program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) tahun lalu.


Akui Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin antara pembakar semangat untuk dia melakukan persembahan sepenuh jiwa adalah kerana hadiah berupa sebidang tanah lot banglo yang dijanjikan.


“Cerita tanah ini yang membuatkan saya tersentuh sangat kenapa? Berpuluh tahun saya menunggu pusaka  arwah ibu dan ayah yang tak diselesaikan (31 tahun sebetulnya) tapi sedara sedarah sedaging tidak menjalankan amanah sehingga hari ini.


“Bukan sikit-sikit tanah pusaka tapi malang tak diselesaikan. Bila saya dapat tahu salah satu hadiah GV4 adalah tanah lot banglo saya cukup bersemangat.


“Target saya masa dapat tahu hadiah tanah itu adalah saya mahu berada di tempat tiga teratas.


“Cita-cita di usia begini nak buat rumah setingkat (kaki sakit nak panjat tangga, rumah orang pencen bukan nak buat istana pun.


“Bila masalah timbul, benar-benar menitiskan airmata saya. Mungkin rumah baru yang saya impikan itu enam kaki ke bawah untuk saya. Wallahu a’lam…


“Untuk pengetahuan hadiah wang tunai, percutian dan gift cards memang dah dapat, Alhamdulillah,” luahnya menerusi beberapa posting di Instagram.


Bukan itu sahaja, penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu ini turut mendedahkan bahawa hadiah rantai leher yang dimenanginya itu sebenarnya tidak bernilai seperti yang diuar-uarkan.


“Jangan sangka yang berkerdipan itu intan permata (ketawa). Apa perasaan anda bila dah gebang pukul canang harga barangan beribu tapi bila dinilai rupanya sekadar …


“Sedih bila artis diperlakukan begini. Dah lama kami pendam rasa, beri peluang untuk pihak terbabit memberi reaksi atau mungkin membetulkan keadaan tapi hampa.


“Kalau pun hadiah tambahan boleh main tipu-tipu je ke? I really do not understand cara sebegini… Salah ke saya bersuara?” ujarnya.


Figura berusia 53 tahun ini bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana berani menjemputnya menyertai program berkenaan selepas dia digam sejak 2012.


“Kenangan, semua yang melalui GV hingga ke final akan tahu hecticnya jadual selama lapan minggu.


“Pada usia 52 tahun ianya sangat mencabar… Kemenangan sebagai juara sangat manis bagi saya, seorang artis yang telah digam sejak 2012, terima kasih tak terhingga kepada Astro kerana berani menjemput saya ketika itu.


“Mereka banyak diganggu dari orang-orang tertentu yang tidak suka saya popular semula kerana saya dianggap artis pembangkang.


“Itu semuanya kenangan manis kecuali beberapa perkara. Boleh dijadikan satu pengajaran untuk kita semua mungkin… Semoga kita dapat muhasabah diri,” katanya yang turut mendapat sokongan dan dorongan pengikut di Instagram miliknya.


Pada program GV4 yang berlangsung tahun lalu, Aishah  memenangi tempat pertama dan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]