SAM sokong pembatalan ECRL

in Edisi by


BUKIT MERTAJAM – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyambut baik keputusan kerajaan persekutuan membatalkan pelaksanaan projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).


Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya berharap keputusan kerajaan membatalkan projek berkenaan bukan hanya disebabkan kos yang terlalu tinggi tetapi perlu mengambilkira kesannya kepada kesejahteraan alam sekitar khususnya kemusnahan hutan dan kawasan semula jadi.


Malah beliau berharap keputusan kerajaan persekutuan untuk membatalkan projek ECRL bukan hanya buat masa ini sahaja tetapi tidak akan mempertimbangkannya di masa akan datang.


“Seharusnya setiap perancangan pembangunan khususnya yang melibatkan pengubahan guna tanah yang hendak dilaksana perlu merujuk dan mengambil kira semua dasar, pelan perancangan fizikal, ketetapan dan garis panduan berkaitan alam sekitar sedia ada.  


“Kita juga berharap kerajaan persekutuan akan meneliti dan memperhalusi semula lain-lain cadangan projek yang boleh memberi impak atau kesan ketara kepada kesejahteraan alam sekitar sebagaimana yang terkandung dalam salah satu insiatif manifesto Pakatan Rakyat pada PRU14 lalu,” katanya.


Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan pada ketika ini tidak mampu untuk membayar kos projek tersebut.


Malah tegasnya, buat masa ini, Malaysia tidak memerlukan projek seumpama itu.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]