'Siapkan projek lebuhraya CSR'

in Nasional by


KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan termasuk cadangan membatalkan projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengakui projek infrastruktur sepertti ECRL sangat diperlukan oleh rakyat negeri ini, tetapi kerajaan persekutuan berhak membuat keputusan berdasarkan kemampuan yang mereka miliki.


Beliau bagaimanapun memohon agar  Pusat memberi perhatian kepada pembinaan lebuh raya kerana negeri ini satu-satunya negeri yang masih tidak memiliki kemudahan jalan tersebut.


“Mengikut kenyataan, kerajaan PH mungkin batalkan, walaupun ECRL perlu, apapun keputusan bergantung kepapada kerajaan persekutuan.


“Bagi saya, kalaulah  ECRL tidak dapat diteruskan, paling utama adalah lebuh raya, contohnya  projek CSR (Center Spin Road), kerajaan perlu menjadikan ia keutamaan kerana ia sangat penting kepada rakyat negeri ini,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa hadir Majlis Pembukaan Pejabat Baru Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di sini hari ini.


CSR merupakan projek pembinaan lebuh raya tanpa tol daripada Kota Bharu ke Simpang Pelangai, Pahang sejauh 400 kilometer.


Ahmad berkata,  untuk projek ECLR, proses  pengambilalihan tanah belum dilakukan walapun lokasinya sudah ditentukan.


Mengulas saranan Menteri Besar Terengganu, Menteri Besar Terengganu, Dr  Ahmad Syamsuri  Moktar minta kerajaan mengkaji semula keputusan pembatalan projek ECRL itu, beliau berkata, terserah kepada kerajaan untuk membuat keputusan.


“Kalau buat lebih baik, tetapi keutamaan kita lebuh raya, kita tahu Kelantan terkebelakang infrastruktur, kita pastikan rakyat Kelantan tidak tersisih,


“Kalau Pusat nak isyhtihar negara maju pada  2020, perlu ingat kita masih ada negeri yang tersisih, sepatutnya tidak ada negeri yang tidak mempunyai lebuh raya,” katanya.


Mengulas mengenai projek Lebuh Kota Bharu Kuala-Krai, beliau mengakui Kerajaan Kelantan tidak mampu membina keseluruhan lebuh raya berkenaan meskipun kini sedang menyiapkan 10 kilometer daripadanya.


“Bagaimanapun kita usaha (bina) waktu itu, jadi kita bina sendiri, tetapi kerajaan negeri (sebenarnya) tidak upaya,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]