Tular lebuh raya sesak kejadian semalam

in Edisi Johor by


BATU PAHAT – Satu rakaman suara yang tular mengenai kesesakan lalu lintas teruk selepas sebuah treler dilaporkan terbalik di pertengahan jalan di Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Machap merupakan kejadian semalam.


Jurucakap Plus berkata, kemalangan dari arah utara ke selatan membabitkan sebuah lori tangki dan kereta itu berlaku di Kilometer 91.4 Yong Peng-Ayer Hitam sekitar jam 11.30 malam semalam.


Menurutnya, kemalangan menyebabkan lori tangki melintang di pertengahan jalan sehingga menghalang kedua-dua lorong sekali gus mengakibatkan kesesakan sehingga lebih lapan kilometer.


Bagaimanapun, menurutnya, lorong kanan kembali dibuka pada jam 1.15 pagi dan trafik dilaporkan mulai bergerak secara perlahan.


Justeru, orang ramai tidak perlu berasa khuatir menggunakan lebuh raya itu berikutan kedua-dua kenderaan terlibat telah selamat dialihkan.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]