
KOTA KINABALU — Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak berhasrat menerima penyertaan Parti Demokratik Liberal (LDP) dalam kerajaan negeri selepas LDP mengalamai kekalahan teruk dalam PRU14.
Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Martin Tommy berkata, bekas parti komponen BN itu telah hilang kuasa tawar menawar bila ia tewas di semua kawasan yang ditandinginya dalam PRU14.
Dalam kenyataan bagi menjawab pemangku Presiden LDP Chin Su Phin, Tommy berkata Chin adalah seorang politikus yang tidak boleh dipercayai kerana beliau pernah berkempen menentang Warisan dalam pilihan raya umum lalu.
Chin mengambil alih kepimpinan LDP daripada Datuk Teo Chee Kang yang meletak jawatan presiden LDP awal bulan ini. – Bernama
Source: SH Politik
[featured-video-plus]