Ada bukti Pas terima duit Umno

in Politik by


ALOR SETAR – Pakatan Harapan (PH) akan mendedahkan bukti Pas menerima duit daripada Umno kepada rakyat pada April tahun depan.


Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu berkata, komponen parti itu memiliki bukti bahawa Pas semenangnya mendapat duit dari Umno.


“Pas dengan Umno telah ‘cium mulut’ antara satu sama lain. Kita ada bukti berkenaan dan ia bakal didedahkan tidak lama lagi. Tunggu perbicaraan di London pada bulan empat tahun hadapan,” katanya dalam ucapan di hadapan 3,000 penyokong bersempena Jelajah Malaysia Baharu di Pejabat PH di Dataran Stargate, semalam.


Menurutnya, ‘kemesraan’ Pas-Umno ini boleh dilihat pada PRK Sungai Kandis di mana Pas tidak bertanding dan memberi sokongan kepada calon Umno.


“Untuk PRK Seri Setia, Umno tidak bertanding dan Pas pula bertanding. Bagi PRK Balakong, BN meletakkan calon MCA untuk menentang PH, Pas bagi sokongan juga kepada MCA,” katanya.


Mohamad berkata, pihaknya percaya sokongan diberikan membuktikan dakwaan bahawa Pas sememangnya menjalinkan kerjasama dengan Umno.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]