BR1M: Azmin sangat dangkal

in Nasional by


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membantah cadangan sama ada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikurangkan atau dimansuh.


Katanya, pemberian wang tunai seumpama ini (cash transfer) satu polisi yang diamalkan oleh banyak negara lain.


“Bantuan ini sangat membantu menanggung beban sara hidup bagi golongan pendapatan rendah (B40).


“Kalau pemberian wang tunai itu sogokan, hentikan juga ‘bonus’ dan‘duit raya’ untuk kakitangan awam,” katanya menerusi twitternya hari ini.


Dalam pada itu Khairy menyangkal alasan  Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa BR1M yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat


“Alasan Azmin Ali sangat dangkal.


“BR1M boleh dikukuh dari segi pengesahan penerima yang layak (better means testing) & perbelanjaan bersyarat (hanya boleh guna untuk beli barang2 tertentu sahaja,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: BR1M dihentikan, ada unsur rasuah]


Hari Azmin menegaskan bahawa pemberian BR1M yang dilaksanakan kerajaan BN terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat.


Beliau berkata bagaimanapun kerajaan di bawah pimpinan PH sedang merangka inisiatif baharu yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat.


Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]