Disangka sampah rupanya mayat

in Edisi by


KOTA BHARU – Disangkakan sampah, rupa-rupanya mayat seorang wanita yang terapung di sungai Kampung Che Deris, petang semalam.


Mayat Nur Hasmawani Mohd Zali, 28, ditemui penduduk yang kebetulan berada di kawasan berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.


Saksi, Mohammad Deraman, 51, berkata, dia terkejut apabila mendapati objek terapung berkenaan ialah mayat wanita dalam keadaan tertungkup di tepi gigi air.


Dia kemudiannya terus memaklumkan perkara itu kepada penduduk kampung.


Bapa mangsa, Mohd Zali Saleh berkata, mangsa menghidap penyakit saraf yang menyebabkan dia tidak mampu berjalan sejak empat bulan lalu.


“Sejak dua bulan lalu dia boleh berjalan semula, namun tak sangka dia akan berjalan sejauh 850 meter dari rumah.


“Sebelum ini, Hasmawani pernah ditegur ahli keluarga kerana berjalan di tempat sama mayatnya ditemui kerana bimbang keselamatannya yang baru dapat berjalan semula,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk yang memaklumkan penemuan mayat itu.


“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


“Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk bedah siasat,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]