Emmerson Mnangagwa Presiden baharu Zimbabwe

in Global by


HARARE – ZIMBABWE. Emmerson Mnangagwa mengangkat sumpah jawatan secara rasmi sebagai Presiden Zimbabwe, hari ini selepas memenangi pilihan raya kontroversi pertama yang berlangsung di negara itu susulan penyingkiran Robert Mugabe.


Mnangagawa diisytiharkan memenangi pemilihan pada 30 Julai, namun keputusan itu dicabar pembangkang utama.


Ketika acara pelantikan beliau di stadium di Harare, Mnangagwa berjanji untuk melindungi dan mempromosikan hak rakyat negara itu.


“Saya Emmerson Dambudzo Mnangagwa berikrar sebagai presiden bahawa saya akan setia kepada Zimbabwe dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya.


Parti pemerintah ZANU-PF memperoleh 50.8 peratus undi menewaskan parti pembangkang utama dipimpin Nelson Chamisa yang meraih 44.3 peratus undi.


Kelmarin, Mahkamah Agung menolak tuntutan Chamisa untuk membatalkan keputusan pilihan raya tersebut yang didakwa berlaku penipuan undi. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]