Kronologi kehilangan renjer perhilitan

in Edisi by


SELEPAS dua minggu hilang, renjer Perhilitan Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30 ditemui selamat kira-kira jam 4 petang semalam.


Mangsa yang bertugas di Perhilitan Kota Bharu, Kelantan hilang selepas terlibat dalam kajian populasi harimau di kawasan Taman Negara.


9 Ogos 2018


Tujuh renjer Perhilitan termasuk Ahmad Tarmizi masuk ke Hutan Simpan Yong, Taman Negara Jerantut untuk Program Kaji Selidik Harimau Kebangsaan.


11 Ogos 2018


Dua daripada renjer tinggal di kem Pengkalan 2 manakala lima lagi masuk ke dalam hutan untuk menyelenggara kamera.


Ketika dalam perjalanan pulang, mangsa mengadu penat dan ingin menggunakan jalan sungai sebelum mereka berpecah kepada dua kumpulan. Mangsa disedari hilang oleh rakannya ketika berada di hulu Sungai Atok.


12 Ogos 2018


Laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Tembeling berhubung kehilangan mangsa.


13 Ogos 2018


Pasukan mencari dan menyelamat digerakkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.


20 Ogos 2018


Mesyuarat Penyelarasan dilakukan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman bersama agensi yang terbabit.


25 Ogos 2018


Terima maklumat dari pasukan SAR bahawa mangsa sudah dijumpai pada jarak empat kilometer dari kem Pengkalan 2. Mangsa dibawa ke kem Pengkalan 2 berkenaan untuk bermalam berikutan cuaca semakin gelap.


26 Ogos 2018


Mangsa dibawa keluar menggunakan helikopter jenis AW139 Augusta milik Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke padang SMK Clifford sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]