Pelbagai cemuhan diserang tidak jejas pengaruh Amanah

in Uncategorized by


PARIT BUNTAR – Sungguhpun kerajaan Harapan diserang setiap hari oleh pembangkang berhubung manifesto 100 hari semasa PRU14 , namun sokongan rakyat kepada Harapan khasnya parti Amanah di sini terus bertambah.


Terkini, seramai 72 penduduk sekitar Bagan Tiang dan Tanjung Piandang telah menyerahkan borang menyertai parti Amanah, sekaligus mengukuhkan lagi pengaruh parti itu dalam kalangan penduduk Parlimen Parit Buntar.


Penyerahan borang ahli baru ini disampaikan wakil mereka kepada Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional , Faiz Fadzil semasa majlis perasmian cawangan Amanah zon Bagan Tiang dan Tanjung Piandang di Pekan Bagan Tiang.


Setiausaha Amanah Parit Buntar Adnan Abdul Rahman berkata, rakyat boleh menilai usaha dan keikhlasan Kerajaan Harapan melaksanakan janji manifesto yang ditawarkan


“Mereka tidak mudah menerima dakwaan pembangkang kerana realitinya kerajaan Harapan telah melaksanakan lebih separuh dari 10 janji tersebut.


“GST dihapuskan, harga minyak distabilkan , caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) untuk suri rumah , menghapuskan senarai hitam peminjam PTPTN , menyiasat skandal besar dalam negara merupakan janji yang telah dilaksanakan”katanya ketika ditemui di sini semalam.


Turut hadir Ahli Jawatankuasa(AJK) Amanah Perak, Ir Megat Shariffuddin Ibrahim, Ketua Amanah Parit Buntar, Ir Mohd Sufian Ahmad dan Naib Ketua Amanah Parit Buntar, Mohd Hasan Mohd Salih.


Adnan berkata, dakwaan pembangkang bahawa kononnya harga minyak tidak diturunkan, hutang peminjam PTPTN tidak dihapuskan, bayaran tol tidak dihapuskan bukanlah manifesto Harapan namun sebaliknya manifesto Pakatan Rakyat(PR) semasa PRU13.


“Komitmen kerajaan Harapan dapat dilihat apabila sebanyak 21 daripada 60 janji yang terkandung dalam manifesto parti pada PRU14, telah pun direalisasikan.


“Pembangkang hanya menyasar manifesto 100 hari, sedangkan sudah banyak perubahan yang dilakukan kerajaan Harapan walaupun baru 100 hari memerintah,”katanya.


Sementara itu, Faiz Fadzil yang juga Adun Permatang Pasir menyeru semua ahli Amanah meneruskan usaha memperbanyakkan cawangan dan ahli Amanah di seluruh negara.


“Di samping kita sebagai parti dalam kerajaan memerintah, jangan kita lupa untuk mengerakkan usaha menambah cawangan dan ahli baru.


“Selepas PRU 14, setiap hari Amanah menerima banyak permohonan ahli baru kesan daripada perubahan positif menguntungkan rakyat yang dilaksanakan kerajaan Harapan,” katanya.

 


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]