Penoreh Melaka terima RM1.65 juta

in Edisi by


MELAKA TENGAH – Lembaga Getah Malaysia (LGM) Melaka membayar RM1.65 juta bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada penoreh dan pekebun kecil bermula November 2015 hingga Jun lalu.


Pengarahnya, Zainuddin Roji berkata, jumlah itu berdasarkan 14,292 permohonan tuntutan yang diterima daripada pekebun kecil dan penoreh getah dengan berat kering kira-kira 4.2 juta kilogram dalam tempoh tersebut.


Menurutnya, mekanisme pelaksanaan IPG yang berkuatkuasa sejak Januari 2015 telah dapat membantu golongan itu, malah kerajaan juga telah menaikkan paras pengaktifan harga IPG kepada RM5.50 berdasarkan SMR 20 FOB atau harga cuplump pada RM2.20 ke bawah bermula Januari tahun berikutnya.


Bagaimanapun katanya, jumlah itu tidak melibatkan bayaran pada Oktober 2016 hingga Januari 2018 disebabkan harga ketika itu melebihi paras pengaktifan IPG.


“Daripada pemerhatian kita, sebahagian penoreh getah akan meninggalkan kebun getah mereka dan melakukan aktiviti ekonomi lain yang boleh memberikan pendapatan yang lebih lumayan semasa harga getah turun ke paras yang rendah.


“Walaupun harga getah rendah tapi kita akan berusaha membantu mereka menerusi insentif yang ada dan sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah boleh disalurkan kepada kami selain kami menyediakan medium pertemuan seperti program sembang warung,” katanya.


Zainuddun berkata, bagaimanapun jumlah tuntutan itu hanya dianggarkan 20 peratus sahaja yang membabitkan purata sebulan seramai 1,500 orang sedangkan pemegang kad Autoriti Transaksi Getah di negeri ini kira-kira 8,000 orang termasuk 5,000 pemilik atau pengusaha getah.


“Saya harap pekebun-pekebun yang berdaftar di bawah LGM rebut peluang untuk membuat tuntutan dan mereka juga boleh,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]