Sukan Asia: Selvem sumbang gangsa acara kumite

in Sukan by


ATLET karate negara, Selvam Prem Kumar menyumbang pingat gangsa untuk kontinjen Malaysia selepas mengalahkan wakil Hong Kong, Lee Chun Ho 5-0 pada penentuan pingat gangsa acara kumite lelaki bawah 60kg di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Jakarta, di sini, hari ini.


Beliau berkongsi pingat gangsa bersama atlet Uzbekistan, Saymatov Sadriddin yang mengalahkan atlet Vietnam, Nguyen Van Hai 8-1 pada satu lagi aksi penentuan pingat gangsa.


Atlet Indonesia, Arrosyiid Rifki Ardiansyah memenangi pingat emas setelah mengatasi wakil Iran, Mahdi Zadeh Amir 9-7 pada aksi final acara berkenaan. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]