Tidak tahu hendak gelak ke sedih…

in Nasional by


SHAH ALAM – Seorang jurugambar perkahwinan sempat merakam gambar detik sedih seorang pengantin lelaki selepas majlis akad nikahnya memeluk seseorang.


Namun pengalaman itu menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya apabila gambar-gambar yang diambil tersebut memaparkan kelucuan dalam sedih.


Jurugambar dari Shooterpixtures memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Facebook, di mana seorang kanak-kanak lelaki menahan kesakitan setelah jari-jemarinya pada tangan kanan ditindih oleh pengantin lelaki.


Pada masa sama, jurugambar juga sempat merakan memek muka kanak-kanak tersebut menahan kesakitan sementara gambar kedua memaparkan tindakan seorang wanita yang duduk bersebelahannya secara spontan melihat tangan kanak-kanak itu.


“Tulang bertemu tulang sakitt weyhhh hahaha!, tak tahu abang nak gelak ke nak kesian..bertabahla adik,abang jurugambar tidak boleh buat apa…abang hanya boleh petik gambar je pada masa ini.kihkihkih..


“Kamu nanti tengok kiri kanan ya sebelum ‘landing’, pada tetamu pulak, kalau boleh bagi ruang sikit untuk pengantin bergerak ya,”selorohnya.


Paparan gambar sedih berganda dan mencuit hati itu berjaya menarik perhatian netizen hingga mendapat 5,700 tanda suka dan 1,632 maklumbalas yang rata-rata bersimpati atas apa yang menimpa adik tersebut.


Namun ada juga pelayar Facebook bernama Baizura Rashid memberi reaksi positif kerana detik indah itu akan diingati malah diabadikan dalam album pengantin sebagai kenangan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]