Trafik di lebuh raya utama lancar malam ini

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kembali lancar setakat 10 malam ini.


Menurut jurucakap Plus Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.


“Kenderaan hanya bergerak perlahan dari Simpang Pulai ke Gopeng, Tapah ke Slim River dan Kuala Kangsar ke Terowong Menora,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.   


Sementara itu, menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kenderaan hanya  bergerak perlahan dari Lentang ke Bukit Tinggi dan Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara.


Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah pula juga dilaporkan lancar.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik, atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]