Umie Aida sesak nafas kerana cempedak

in Hiburan by
Umie Aida

Umie Aida sesak nafas kerana cempedak


DEK memakan seulas buah cempedak, Datin Seri Umie Aida dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.


Menerusi perkongsian aktres berusia 45 tahun di laman Instagram peribadinya, Umie berkata dia bernasib baik kerana suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan terus membawanya ke hospital.


“Tak sampai seulas saya makan cempedak. Boleh kena serang angin sampai ke ulu hati. SubhanaAllah… Sakitnya sampai tak boleh bernafas.


“Kebetulan suami balik nak makan tengah hari, terus hantar saya pergi hospital,” jelasnya.


Umie turut memuat naik video dia didukung oleh suaminya turun dari tangga dan mendapat lebih 250, 000 tontonan.


Tambahnya, dia pernah mengalami kejadian yang sama ketika berada di Penang pada 2002.


“Yang peliknya sampai hospital, doktor periksa dan jururawat baru nak bagi suntikan, sakit saya terus hilang. Saya cakap tak perlu suntikan doktor. Saya dah sihat.


“Sakit ni pernah terjadi kat Penang pada tahun 2002. Sakit beria-ria. Sampai hospital terus baik. Angin kus kus kot,” katanya.


Umie berkata, dia juga terus pulang ke rumah selepas itu dan berjanji tidak akan memakan buah cempedak lagi selepas ini.


Malah dia turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan kesihatannya.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]