Bekas Pengerusi Umno Pulau Pinang meninggal dunia

in Nasional by


GEORGETOWN – Bekas Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, 58 meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.07 pagi tadi.


Allahyarham yang lebih mesra disapa sebagai Tok Non meninggal dunia selepas disahkan mengidap penyakit barah darah (Multiple Myeloma) tahap tiga sejak April lalu.


Menerusi Instagram isterinya, Datin Seri Syafiqa Melvin, jenazah suaminya akan dikebumikan di Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal selepas Asar hari ini.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]