Calon MCA serah polis siasat dakwaan fitnah

in Politik by


BALAKONG – Calon MCA bagi PRK Balakong, Tan Chee Teong membuat keputusan untuk menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu dakwaan kononnya DAP merosakkan bahan kempen MCA.


Chee Teong berkata, pihaknya akan memberi kerjasama untuk membantu siasatan polis berhubung perkara itu.


“Saya yakin terhadap polis untuk menjalankan siasatan, saya akan menyerahkan bukti bagi membantu siasatan tersebut, saya akan menunggu maklum balas mereka berhubung isu ini untuk tindakan lanjut,” katanya.


Chee Teong juga menegaskan tidak menuduh DAP merosakkan bahan kempennya ketika sidang media, Sabtu lalu.


“Saya hanya menyatakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja merosakan bahan kempen termasuk poster dan kain rentang tersebut dianggap ‘samseng’ serta tidak boleh dimaafkan,” katanya.


Beliau hadir bersama penyokongnya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab merosakkan bahan kempen MCA, kira-kira jam 3.30 petang, tadi.


Chee Teong berkata, pihaknya menerima aduan daripada kakitangan Bilik Gerakan Sungai Chua yang mendapati kira-kira 100 bunting kempen PRK Balakong telah diturunkan dan dibuang merata-rata di atas jalan raya.


“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Saya membuat laporan ini adalah untuk siasatan dan tindakan polis bagi menghalang isu ini daripada berulang sepanjang tempoh berkempen,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]