Gesa selesai isu jalan raya

in Edisi Selangor KL by


BALAKONG – Calon MCA PRK Balakong, Tan Chee Teong mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya menyelesaikan isu jalan raya di Balakong secara holistik.


Chee Teong berkata, penduduk seringkali membangkitkan isu kerosakan dan kesesakan jalan raya di Dun Balakong.


“Saya mendapati beberapa jalan di Dun Balakong telah rosak, berlubang dan tidak rata, ia membahayakan nyawa pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal.


“Malah garisan warna putih dan kuning di atas jalan raya pun sudah pudar,” katanya.


Beliau berkata, sistem saliran yang tidak baik juga turut menjadi punca banjir di jalan raya.


“Pihak berkenaan harus memandang serius isu ini demi kesejahteraan penduduk di Dun Balakong,” katanya.


Chee Teong mendakwa punca utama kerosakan jalan raya di Balakong adalah projek pembangunan termasuk kerja yang dilaksanakan oleh syarikat utiliti.


“Ia harus dibaiki segera setelah projek itu selesai. Selain itu, kenderaan berat seperti lori yang saban hari melalui kawasan ini turut menjadi punca kerosakan jalan raya,” katanya.


Beliau berkata, isu kesesakan lalu lintas pula adalah disebabkan penambahan jumlah penduduk serta peningkatan industri komersial di Dun Balakong.


“Saya mencadangkan agar pihak berkenaan  dapat mewujudkan jalan alternatif dari Cheras Jaya sampai Taman Impian Ehsan dan Taming Jaya Sehingga Balakong Jaya,” katanya.


Menurutnya penduduk telah membangkitkan isu kesesakan jalan raya sejak 15 tahun lalu.


“Saya berharap pihak berkenaan tidak kawasan ini dan selesai segera isu ini,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]