Industri penerbitan perlu bersatu pertahan kebebasan

in Nasional by


SHAH ALAM – Industri penerbitan perlu bersatu bersama bagi mempertahankan dan meraikan kebebasan dalam setiap penerbitan.


Ia berikutan beberapa perkara yang dianggap sebagai ancaman terhadap kebebasan dalam penerbitan semakin meningkat di seluruh dunia.


Setiausaha Agung Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA), José Borghino berkata, antara perkara yang dihadapi industri adalah undang- undang termasuk fitnah, berita palsu dan hasutan .


“Selain itu, industri penerbitan juga berhadapan dengan tekanan ekstremisme agama dan politik,” katanya.


Menurutnya, IPA bersedia menjadi orang tengah membantu syarikat penerbitan tempatan untuk berunding dengan pihak berkepentingan termasuk kerajaan bagi memperjuangkan kebebasan penerbitan.


“IPA berpengalaman dalam membantu negara- negara lain seperti Bangladesh dan Turkey dalam tujuan tersebut.


“Kami gembira dapat memberi sokongan kepada ahli IPA di serata dunia,” katanya pada Forum Freedom to Publish: Rights and Sensitivity anjuran Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) di sini semalam.


Sementara itu, Setiausaha Agung Mabopa, Sheikh Faisal Sheikh Mansor berkata, tujuan forum tersebut adalah untuk berkongsi perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh sesebuah penerbit.


“Kadangkala, sekiranya kita tidak penerbitan sesuatu, ia merugikan namun sekiranya dilakukan, kami mungkin perlu berdepan dengan undang-undang dan sebagainya.


“Jadi forum dan perbincangan ini menjelaskan secara terperinci mengenai hal ini,” katanya.


Beliau berkata,hasil forum dan perbincangan yang diadakan itu akan di sampaikan kepada kerajaan.


“Sebagai ahli kepada IPA, Mobapa menjemput IPA untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menghadapi dan menguruskan isu- isu berkaitan di beberapa negara.


“Selepas ini, kita akan menjemput pihak kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri untuk berbincang,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]