Kelangsungan DPTN bergantung kepada kerajaan sekarang

in Nasional by


SHAH ALAM –  Sistem pendidikan tahfiz bakal diseragamkan di seluruh negara seperti yang tertakluk dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).


Ahli Lembaga Pengarah Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Syed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad berkata, DPTN sudah diluluskan pada tahun lepas dan kelangsungannya bergantung kepada usaha kerajaan baharu.


Menurutnya, antara dasar yang digariskan adalah teras undang-undang, teras kokurikulum, teras urus tadbir dan beberapa lagi teras yang lain.


“Hari ini, institusi tahfiz yang ada masing-masing menggunakan kokurikulum yang tidak selaras.


“Lebih malang lagi ada yang tidak diperakui sijilnya,” katanya dalam Wacana Sinar Harian siri 71 bertajuk: Malaysia Baharu: ‘Ke mana haluan sekolah tahfiz’.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]