Kemuka kaedah lebih baik sebelum hapus BR1M

in Edisi Utara by


KULIM – Kerajaan diminta mengumumkan kaedah lebih baik untuk membantu rakyat sebelum melaksanakan cadangan pemansuhan BR1M.


Adun Bandar Baharu, Datuk NorSabrina Mohd Noor berkata, kerajaan perlu kemukakan solusi yang mampu menggantikan BR1M dalam langkah membantu rakyat.


Menurutnya, pemberian BR1M yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini adalah langkah terbaik dalam usaha membantu rakyat.


“Apa yang kerajaan BN terdahulu buat adalah baik untuk bantu rakyat.


“Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan ada solusi lain cepat lah kemukakan.


“Umumkan apa solusi itu kepada rakyat, sebelum mengambil keputusan mansuhkan segala bantuan,” katanya kepada Sinar Harian.


Katanya, kerajaan baharu sepatutnya membuat kajian terperinci kaedah membantu rakyat sebelum mengemukakan cadangan menghapuskan bantuan yang telah diberi.


“Saya mohon kajian terperinci kaedah bantu rakyat di buat sebelum BR1M dimansuhkan,” katanya.


Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan cadangan untuk memansuhkan BR1M atau Bantuan Sara Rakyat (BSR) dengan mengurangkan secara berperingkat.


Dr Mahathir berkata langkah itu diambil bagi memastikan rakyat hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]