Kita lebih banyak bantu tahfiz luar: Kazim

in Nasional by


SHAH ALAM – Rakyat Malaysia lebih banyak membantu maahad tahfiz di luar negara seperti Kemboja dan seakan melupakan negara kita juga mempunyai banyak pusat pengajian sebegitu.


Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, situasi itu menyebabkan pengusaha tahfiz terpaksa mencari sendiri dana bagi memastikan maahad tahfiz mereka terus beroperasi.


Menurutnya, masyarakat melihat maahad tahfiz mempunyai banyak dana daripada derma sedangkan derma sebegitu hanya melimpah-ruah ketika pusat pengajian itu menerima musibah.


“Rakyat kita, maaf cakap, mereka lebih nampak tahfiz di luar negara, di Kemboja. Di sana mereka bantu sungguh-sungguh, buat korban pun di sana tetapi di Malaysia, mereka tak nampak pun.


“Sekarang nak buat tahfiz senang, bila ada orang wakafkan rumah, boleh buat tapi nak teruskan operasi bagaimana? Prasarana, makanan, gaji, semuanya pengusaha sendiriam berhad buat.


“Kalau di Malaysia, kalau pengusaha tahfiz nak dapat bantuan segera, bakar saja tahfiz itu. Masa itu, bantuan sampai mencurah-curah,” katanya ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Ke-71 bertajuk Malaysia Baharu: Ke Mana Haluan Sekolah Tahfiz, di sini, hari ini.


Tambah beliau, pihak pengurusan pusat tahfiz perlu bijak untuk mentadbir serta menguruskan dana diperolehi maahad tahfiz.


“Kena cari dana selain derma sebab dana dari derma tidak tetap,” ujarnya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]