Lagi rumah kongsi terbakar

in Edisi Selangor KL by


RAWANG – Sebuah lagi rumah kongsi di sebelah susur Latar Kundang Barat di sini terbakar dalam tempoh seminggu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, Yazli Yahya berkata,  enam unit rumah itu hangus dalam kejadian malam tadi.


[Artikel berkaitan:Kabin dan rumah kongsi terbakar]


Menurutnya, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 10.47 malam dan tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.


“Kebakaran bermula dari rumah paling kanan sebelum merebak¬† ke bahagian lain disebabkan strukturnya menggunakan papan.


“Lapan penghuni lelaki dan empat wanita warga Indonesia tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


Tambahnya, minggu lalu sebuah kabin dan rumah kongsi berkeluasan 40×60 kaki persegi berhampiran kawasan tersebut turut terbakar.


Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]