Merana jari tersepit cincin

in Edisi Terengganu by


KUALA NERUS – Seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih lima jam selepas cincin di jari manis kiri tidak dapat dikeluarkan di Kampung Mengabang Telipot, di sini, hari ini.


Mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan memakai cincin berkenaan petang semalam sebelum menyedari jarinya itu membengkak sebaik bangun daripada tidur awal pagi tadi.


Tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya itu, dia segera ke Balai Bomba Kuala Nerus pada jam 9.42 pagi untuk mendapatkan bantuan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin berkenaan.


Katanya lagi, mangsa memaklumkan telah menggunakan pelbagai kaedah mengeluarkan cincin berkenaan tetapi tidak berjaya.

Bomba menggunakan alat pemotong khas untuk memotong cincin berkenaan


“Ketika mangsa tiba di balai untuk mendapatkan bantuan keadaan jari telunjuk kiri kemerahan akibat bengkak.


“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin menggunakan alat pemotong khas.


“Operasi yang melibatkan seramai empat anggota itu berjalan lancar dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Menurut Yusmizan lagi, orang ramai turut dinasihatkan tidak memakai aksesori atau perhiasan diri yang terlalu ketat hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada diri.

 


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]