Peluang pembaca tebus tiket Legoland

in Nasional by


SHAH ALAM – Hari ini merupakan hari terakhir bagi pembaca Sinar Harian untuk menebus tiket percuma ke Legoland di empat lokasi ibu pejabat Sinar Harian terpilih.


Pengurus Pemasaran Sinar Harian, Rozalina Mohamed berkata, empat lokasi berkenaan ialah Pejabat Sinar Harian Prai, Pulau Pinang; Johor, Kelantan, dan Ibu Pejabat Sinar Harian di Shah Alam Selangor.  


Menurutnya, pembaca setia Sinar Harian diharap dapat merebut peluang menebus tiket berkenaan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.


“Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda hanya perlu mengumpul token mengikut nombor 1 hingga 7 dan disertakan dengan logo Sinar Harian dan cetakan baucer, anda dapat menukar baucer tiket taman tema Legoland secara percuma.


“Tiket itu membawa makna anda boleh bermain sepuas-puasanya di bahagian taman tema dan tawaran diskaun 50 peratus bagi taman tema air mengikut syarat yang telah ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sekitar hari pertama penebusan baucer tiket Legoland percuma di Ibu Pejabat Sinar Harian, di sini, semalam.


 


Untuk rekod, di Ibu Pejabat Shah Alam sahaja, sebanyak 2,900 baucer tiket telah ditebus dan berbaki kira-kira 2,300 baucer tiket yang menanti pembaca hari ini.


Rozalina berkata, bagi pembaca yang sudah berdaftar dan mempunyai masalah untuk melakukan penebusan baucer tiket, mereka boleh berhubung dengan pihaknya di talian 03-5101 7388 untuk menetapkan tarikh penebusan baucer tiket pada 29 dan 30 Ogos ini.


Menurutnya, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca Sinar Harian dan berharap agar dapat meneruskan sokongan kepada Sinar Harian.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]