PH beri tempoh 24 jam, gesa calon MCA minta maaf

in Edisi Selangor KL by


BALAKONG – PH beri tempoh 24 jam kepada calon MCA PRK Balakong, Tan Chee Teong, untuk meminta maaf berhubung dakwaan kononnya DAP merosakkan bahan kempen MCA.


Pengarah PRK Balakong PH, Ean Yong Hian Wah berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Chee Teong jika beliau enggan meminta maaf kepada DAP.


“Jangan berdiam diri sahaja, jika beliau (Chee Teong) berani sila beri penjelasan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PH, di sini, hari ini.


Hian Wah berkata, Chee Teong harus bersikap ‘gentleman’ untuk memberi penjelasan berhubung isu ini.


“Kalau salah akui sahaja, kenyataan tersebut ada unsur fitnah dan tidak berasas, isu ini serius dan merosakan imej DAP,” katanya.


Hian Wah turut mempersoalkan apakah tindakan MCA itu merupakan salah satu cara ‘semak dan imbang’ yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.


“Tindakan ini amat mengecewakan rakyat di Dun Balakong,” katanya.


Semalam, Calon PH bagi PRK Dun Balakong Wong Siew Ki membuat laporan polis berhubung dakwaan Chee Teong di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.


Dakwaan tersebut dipercayai dibuat melalui Facebook Chee Teong yang pada mulanya berbunyi ‘Saya (Tan) akan mengadakan sidang media berhubung kerosakan bahan kempen MCA oleh DAP’, namun kiriman tersebut telah disunting selepas seketika, bagaimanapun pihak Siew Ki mempunyai ‘screen shot’ sebagai bukti.


Chee Teong telah membuat sidang media dan siaran langsung melalui Facebooknya, kelmarin, kira-kira jam 1.46 petang, tajuk video dalam bahasa Cina telah dipadamkan tidak lama selepas itu.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]