Polis siasat kes cubaan samun

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Satu cubaan kes samun dilaporkan berlaku berdekatan simpang empat Amanjaya-Darulaman Perdana dalam kejadian kira-kira 8 pagi Sabtu lalu.


Kes berkenaan menjadi tular di media sosial apabila seorang pengguna wanita memuat naik status di mana kes dipercayai membabitkan ahli keluarganya.


Berdasarkan status berkenaan, mangsa merupakan adik lelakinya hampir disamun  dan cuba ditikam ketika sampai di simpang terbabit oleh dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda berwarna biru bernombor pendaftaran PND8004.


Wanita itu juga memaklumkan, suspek bersenjatakan pisau dan cuba meminta wang serta topi keledar yang dipakai.


Pergelutan menyebabkan salah seorang daripada suspek tertikam diri sendiri, membolehkan mangsa memecut motosikal.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes berkenaan.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]