Sekolah Niaga: Storytelling untuk bisnes

in Bisnes by


SUATU ketika, cerita pertama yang pernah diberitahu. Seseorang membunuh seekor yak dan beliau sangat berbangga dengan pencapaian itu. Lalu dia mula bercerita. Demikian lah asal usul “storytelling”.


Masa beredar. Manusia semakin pintar. Sudah pandai tulis baca. Terciptanya buku, kemudian radio dan pawagam. Semua ini mengubah perjalanan asal usul “bercerita”. Kisah-kisah tidak lagi terkandung dari mulut ke mulut.  Cerita telah dapat menjangkau massa yakni (orang ramai)


Kepada para pemasar yang giat, peristiwa penting pencetus perubahan dalam bercerita, tiba, ketika kesan “visual sinema” digabungkan dengan jangkauan radio yang luas. Lahirlah – Televisyen. Permulaan kepada gambar, suara dan muzik.


ERA PENGIKLANAN DI MEDIA


Dunia menikmati teknologi baharu. Cerita dikumandang siar di seluruh negara, dengan sedikit rehat di antaranya. Pengiklan cepat ambil peluang. Mereka mengisi tempat itu dengan iklan.


Dan Manusia mula dihujani dengan pelbagai iklan. Copywriting menjelma menerobos jiwa manusia yang menonton dengan upaya bahasa yang menggoda. Diikuti gambar dan foto yang mempesona serta muzik yang mengalun rasa.


Terbelah lah dunia pada yang kaya dan kurang upaya. Masalah baru muncul, iklan itu menelan belanja. Melainkan jika kita memiliki syarikat penyiaran atau memiliki syarikat kaya wang yang mampu membeli waktu siaran.


Iklan bukan pilihan yang bagus untuk bajet yang ciput.


Lama ketidaksetaraan ini berlaku. Hingga akhirnya, teknologi yang hebat wujud.


Peluang untuk kebanyakan orang dapat  menceritakan kisah mereka . Kisah jenama (Brandstory) kepada orang-orang di sekeliling dalam lingkungan capaian mereka.


INTERNET MEMECAH SEMPADAN


Akhirnya “penyamaan-kesamarataan” hebat tiba. Ia datang dalam bentuk internet. Ia adalah medium di mana sesiapa jua boleh bercerita kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.


Satu masalah selesai. Muncul pula cabaran baru. Masalah dengan media yang boleh dicapai oleh semua orang, adalah bahawa perhatian dan tumpuan manusia semakin berkurangan. Jumlah kandungan (content) berlambak lambak. Ia mengalir tidak berkesudahan tanpa henti.


Lebih daripada sebelumnya, sekarang “zaman now”. Kita perlu mencari cerita terbaik dan beritahu mereka dengan cara yang betul.


CONTENT DAN PUBLIC SPEAKING MASTERY.


Dua perkara bertemu dan menjadi satu. Teradun indah memudahkan siapa jua yang sedia menguasai kepakaran tersebut. Bagaimana kita melakukannya? Pada Public Speaking Mastery itu,  jelas jantung hatinya adalah Storytelling.


Manusia kembali ke asal muasal mereka. Ilmu mahal yang harus dipelajari. Storytelling untuk Bisnes.


APAKAH ITU STORYTELLING?


Apa itu Cerita? Story? Cerita paling hebat akan mengikut garis panduannya yang tertera.


Bercerita itu apabila, ada maklumat berguna dalam naratif. Bercerita itu apabila, ada mahu memotivasikan Tim Bisnes. Bercerita itu apabila telah tergambar, apakah jenama kita jelas “Berdiri Untuk Apa”


Bercerita, adalah mengenai pelanggan kita- Emosi dan keterlibatan mereka. Cerita adalah kisah yang ada “Rentetan Permulaan, Krisis dan Resolusi”. Cerita adalah interaksi antara pelanggan dan jenama kita


Bercerita bukan lah sekadar mana-mana artikel atau karangan yang ada  10,000 patah perkataan. Bercerita bukan sekadar matlamat dapatkan jualan. Bercerita bukan semata mata tentang ayat copywriting iklan. Bercerita bukan membebel mengenai jenama semata mata . Cerita jauh sekali dari bualan yang membosankan.


Cerita ada strukturnya. Orang suka cerita. Cerita merayu dan menggoda kepada perasaan emosi. Sesuatu yang minda kita tidak dapat buat keputusan dengan cara fakta dan angka, boleh dilakukan dengan “storytelling”.


STORYTELLING BUKAN SIHIR


Ia adalah sains. Pelanggan terutamanya menggunakan emosi (perasaan dan pengalaman) daripada maklumat (atribut jenama, sifat dan fakta) semasa membuat keputusan pembelian.


Maklum balas emosi terhadap iklan mempunyai pengaruh yang jauh lebih besar terhadap niat pengguna untuk membeli produk. Ikatan emosi terobos ke jantung hati lebih kuat daripada kandungan biasa dalam  iklan.


Ratio tindak balas emosi terhadap kandungan adalah 3 hingga 1 untuk iklan TV berbanding dengan 2 hingga 1 untuk cetakan tanpa suara dan muzik. “Story” akan mudah diingat 22 kali lebih dari sekadar fakta.


Kesetiaan jenama paling banyak dipengaruhi oleh “emosi positif” terhadap jenama dan bukan kepercayaan dan pertimbangan lain berdasarkan sifat jenama.


OTAK MENCARI CERITA


Otak kita sentiasa mencari cerita. Itulah sebabnya kita menghabiskan satu pertiga daripada waktu jam sibuk kita dengan berangan angan. Satu-satunya masa yang kita berhenti merayau sana dan sini ialah apabila kita mempunyai cerita yang baik untuk ditempatkan dalam minda (otak).


Lebih mudah untuk orang mengingat cerita yang hangat dan lembut menusuk jiwa  daripada fakta-fakta yang sejuk dan keras . Ini kerana otak manusia tidak dapat membezakan antara mendengar atau  membaca cerita atau sebenarnya mengalaminya.  Otak mudah “hanyut dan berpaut” dengan cerita.


Dalam kedua-dua kes, sama ada mengalami sendiri atau merasai secara emosi, “neurogical regions” yang serupa diaktifkan.


SETIAP BISNES ADA CERITA


Setiap bisnes ada cerita yang mahu diberitahu. Kisah unik kepada diri dan tim bisnes, jenama , dan pengalaman yang kita lalui. Bungkus ia baik baik dan hiasi ia cantik cantik.


Jadikan ia dalam kata kata berbentuk “emosi mengusik” dan akan ada hati yang bakal tertambat serta jiwa yang tertarik. Emosi membeli manusia akan cepat terusik pada cerita yang menarik.


Storytelling adalah cara kita belajar dengan lebih baik. Kita menyerap nombor dan fakta serta butir-butir terperinci, tetapi apa yang membuat kita semua terpaku “angguk kepala” adalah pada adunan cerita.


RUMAH CERITA


Cerita akan memudahkan kita untuk ingat. Kita cenderung untuk melupakan senarai berjela dan power point yang tertera. Kita selamanya tidak akan lupa pada “poin poin power” yang diadun dalam Rumah Cerita.


Cerita adalah trik asali untuk menyelipkan pesan pesan power ke benteng benteng fikiran manusia. Pemasaran konten yang efektif adalah tentang menguasai seni bercerita. Fakta boleh memberitahu. Orang dengar akan tahu. Setakat itu.


Cerita sebaliknya menjadi lebih mahal. Ia dapat menjual. Ia lakujual. Ia bakal jadi bahan bualan dari mulut ke mulut.


Jenama yang menang ialah jenama yang menceritakan kisah yang hebat. Apabila ia datang untuk bercerita dalam kepelbagaian media, jenama yang menang adalah jenama yang menceritakan lebih banyak lagi cerita hebat. Cerita ini bertali temali bersambung dan diadun bersama-sama.


Apabila pemasaran lebih menyerupai bercerita, kita boleh menjangkakan lebih banyak keterlibatan daripada bakal pelanggan. Storyteller yang hebat boleh menjadikan satu content itu ada perbezaannya.


Khalayak yang yang mendengar cerita, memberi perhatian dengan minda dan hati, berbanding dengan khalayak yang diceritakan sekadar ciri , akan hanya berbasa basi menyesuaikan diri untuk ambil manis angguk semata mata.


Orang ramai yang asyik dengan cerita akan mencari sambungan. Beritahu cerita yang cukup baik tentang jenama (brandstory) dan orang tidak hanya akan melabur masa mendengar. Mereka juga akan mahu membeli daripada kita yang menjual.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]