Zainal pemimpin berkaliber – Kon Yeow

in Nasional by


GEORGETOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Seri Zainal Abidin Osman selepas kematian bekas Pengerusi Umno Pulau Pinang itu awal pagi tadi.


Dalam satu kenyataanya, Kon Yeow menyifatkan Zainal Abidin sebagai seorang pemimpin berkaliber dan disegani masyarakat.


“Saya bagi pihak Kerajaan Pulau Pinang melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham Zainal Abidin yang telah meninggal dunia pada jam 2.07 pagi di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat penyakit kanser darah.


“Walaupun kami mempunyai latar belakang dan pendapat berkaitan politik yang berbeza, tetapi saya percaya hasrat dan perjuangan kami sama iaitu untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah.


“Mengenali Allahyarham, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani ramai. Semoga keluarga Allahyarham tabah untuk menerima ujian ini,” katanya.


Zainal Abidin dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.07 pagi tadi selepas disahkan mengidap penyakit barah darah, Multiple Myeloma tahap tiga sejak April lalu.


Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal selepas Asar hari ini.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]