AS, Mexico meterai perjanjian perdagangan baharu

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan telah mencapai perjanjian perdagangan baharu dengan Mexico.


Jutawan hartanah tersebut membuat pengumuman itu di Pejabat Oval di Rumah Putih, semalam dan memberitahu perjanjian baharu itu boleh menggantikan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta).


“Perjanjian itu pernah digelar Nafta, namun kami mahu menggelar ia sebagai Perjanjian Perdagangan AS-Mexico,” katanya yang turut mengugut kenakan tarif ke atas Kanada jika ia tidak berunding secara adil.


Sementara itu, Menteri Luar, Luis Videgaray Caso berkata, Mexico akan meneruskan perjanjian itu tanpa Kanada walaupun Presiden Enrique Pena Nieto mahu Ottawa menjadi sebahagian daripada perjanjian perdagangan tersebut.


“Ada perkara kami tidak kawal terutamanya dalam hubungan politik antara Kanada dan AS. Kami enggan berada dalam situasi tidak pasti jika tidak memeterai perjanjian tersebut kerana ia akan meletakkan risiko terhadap ekonomi negara ini. Jutaan pekerjaan di Mexico bergantung kepada akses pasaran AS,” katanya.


Sebelum ini, Trump menggelar Nafta sebagai ‘perjanjian perdagangan tunggal terburuk pernah diluluskan’ oleh Washington yang mana ia telah menyebabkan penyumberan luar ribuan pekerjaan dari AS ke Mexico dan China. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]