Catat perolehan RM590 juta

in Bisnes by


POS Malaysia Berhad mencatatkan perolehan sebanyak RM590 juta bagi suku pertama tahun kewangan kali ini, iaitu penurunan sebanyak 3.4 peratus berbanding keuntungan RM612 juta seperti direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.


Dalam satu kenyataan media, Pos Malaysia berkata, penurunan itu disebabkan penurunan dari segi perolehan dalam segmen Perkhidmatan Pos dan Logistik.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Al-Ishsal Ishak berkata, jumlah mencatatkan kadar penurunan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya yang menyebabkan penurunan sebanyak 11 peratus dalam perolehan bagi Perkhidmatan Pos.


“Keuntungan sebelum cukai mencatatkan jumlah RM13 juta berbanding RM43 juta pada tahun sebelumnya.Kami menyedari bahawa terdapat banyak lagi segmen pasaran sektor pos, terutama untuk produk eDagang, selain memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan barangan dengan harga kompetitif dan pilihan penghantaran item tanpa batasan waktu.


“Data kami menunjukkan bahawa terdapat peluang boleh capai bagi Pos Mel, terutama untuk membawa masuk barangan berasaskan eDagang daripada China,” katanya.


Al Ishsal berkata, segmen kurier mencatatkan kenaikan berganda dengan peningkatan perolehan sebanyak 13 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun kewangan 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun kewangan 2018.


“Kami akan terus melabur dalam teknologi serta inisiatif pengoptimaan proses perniagaan bagi membantu menambahbaik saluran pelbagai pengalaman pelanggan Pos Laju,”katanya.


Tambahnya, Pos Malaysia akan terus memberi serta memperkasakan nilai tambah bagi pemegang sahamnya dengan menambahbaik jenamanya, mendahulukan para pelanggannya dan menyemai prestasi dan budaya kerja yang cemerlang.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]