Gempa 6.2 gegar timur Indonesia

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Gempa berkekuatan 6.2 skala Richter menggegar wilayah timur Indonesia, menurut Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS), hari ini.


Gegaran yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 100 km di tenggara Kupang, ibu negeri wilayah Nusa Tenggara Timur itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemusnahan atau kematian.


Sejak akhir bulan lalu, Indonesia dilanda siri gempa yang menggegar pulau peranginan Lombok yang telah meragut 555 nyawa dan menyebabkan ratusan ribu hilang tempat tinggal. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]