Israel roboh rumah Palestin

in Global by


TEL AVIV – ISRAEL. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) awal hari ini bertindak memusnahkan rumah keluarga remaja yang didakwa menikam mati seorang lelaki Yahudi di penempatan haram Tebing Barat, bulan lalu.


Dalam kejadian di utara Baitulmaqdis itu, Muhammed Dar Yousef, 17, dari perkampungan Kobar dikatakan menyusup masuk ke penempatan Adam dengan cara memanjat pagar.


Yousef kemudiannya menikam tiga orang yang kelihatan sebagai tindakan rambang, sebelum dia ditembak mati.


Kementerian Pertahanan Israel berkata, kerja merobohkan rumah keluaga remaja terbabit berjalan lancar meskipun mendapat tentangan daripada penduduk kampung yang berhimpun serta melontar batu ke arah tenteranya.


“Kami akan menentang keganasan dengan cara kuku besi,” kata Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman bagi mengulas tindakan IDF merobohkan rumah penduduk Palestin yang terbabit dalam serangan ke atas warga Israel.


Lieberman sebelum ini mengumumkan bahawa Israel akan membina 400 rumah baharu di penempatan Adam sehari selepas insiden serangan itu. – Times of Israel


Source: SH Global

[featured-video-plus]