Kadar jangka pendek akan kekal stabil

in Bisnes by


KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.


Kecairan hari ini dijangkakan pada RM34.72 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.16 bilion dalam dana Islam.


BNM akan melaksanakan tender pasaran wang RM6 bilion lelongan matang pelbagai untuk tujuh hari ke 31 hari.


Bank pusat berkenaan juga akan melaksanakan tender Qard bernilai RM4.3 bilion untuk tujuh hari ke 31 hari dan tender repo bernilai RM100 juta untuk 31 hari, selain Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI) sebanyak RM1 billion untuk 28 hari.


Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan sehingga RM28.6 bilion tender semalaman konvensional dan Qard semalaman RM12.9 bilion. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]