Kementerian disaran wujud Skim Penyelidikan Sejarawan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan disarankan mewujudkan skim penyelidikan sejarawan tempatan bagi memastikan kesinambungan sumber rujukan sejarah di negara ini.


Bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini negara hanya bergantung kepada empat sejarawan sebagai rujukan sejarah tanah air.


“Sampai bila kita mahu bergantung kepada Prof.Khoo Kay Kim, Dr. Ramlah Adam, Prof. Ahmat Adam dan Prof.Wang Gang Wu?


“Saya yakin kewujudan skim ini adalah inisiatif terbaik untuk menambah bilangan pengkaji sejarah yang diiktiraf serta berpengalaman. Paling utama, kita dapat memberi versi baru dalam kajian sejarah negara ini tanpa adanya ‘historical bias’,”katanya.  


Beliau berkata kepada media selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Kongres Sejarah Malaysia III 2018 di Wisma Sejarah di sini hari ini.


Hadir sama, Pengerusi Jawatakuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Tan Sri Omar Mohd Hashim.


Rais berkata, antara inisiatif yang boleh diambil melalui kewujudan skim tersebut adalah memeterai usahasama dengan universiti tempatan dan luar negara.


“Dana daripada skim penyelidikan boleh disalurkan kepada universiti-universiti tempatan bagi menambah baik kemudahan dan infrastuktur bagi pengkaji sejarah menjalani kajian dalam keadaan yang lebih komprehensif,” katanya.


Terdahulu, kongres selama dua hari anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula hari ini tersebut menghimpunkan 100 sejarawan tempatan dan Indonesia dengan 30 pembentang kertas kerja. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]