Kopi Wonda tawar 6,000 tiket MRT sehala percuma

in Bisnes by


JENAMA kopi terkemuka, Kopi Wonda tampil idea kreatif menghargai penggemar kopi dengan menawarkan sebanyak 6,000 tiket Transit Aliran Massa (MRT) percuma untuk satu hala selama dua hari bermula hari ini sempena Hari Kopi Wonda Antarabangsa (IWCD) 2018.


Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuban Sundaram berkata, sebelum ini, Kopi Wonda telah bekerjasama dengan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dengan memberikan laluan percuma kepada 20,000 pengguna.


Menurutnya, bagi tahun kelima meraikan IWCD berkenaan dengan tema “the most Wonda-ful time of the year”, pihaknya mendekati penggemar kopi yang terdiri daripada pengguna pengangkutan awam MRT Bandar Damansara.


“Penggemar kopi hanya perlu menunjukkan produk kopi Wonda kepada kami dan mereka akan diberikan layanan untuk membeli tiket MRT percuma ke mana-mana destinasi secara sehala selepas pendaftaran dibuat.


“Kami percaya kopi mampu mengukuhkan hubungan sesama manusia, maka untuk IWCD tahun ini, kami mahu meneruskan kebaikan ini dengan pelbagai tawaran serta promosi menarik yang disediakan bersama rakan kongsi kami,” katanya kepada Sinar Harian di MRT Bandar Damansara, hari ini.


Santharuban berkata, Kopi Wonda menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi bagi memastikan sambutan IWCD tahun ini dapat disambut dengan gilang-gemilang oleh semua pelanggannya


Menurutnya, pihaknya berharap agar orang ramai dapat menikmati tawaran yang disediakan sempena IWCD dari hari ini hingga 1 September ini.


Sementara itu, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam MRT nyata terkejut apabila mendapat penjimatan berganda hanya dengan menunjukkan Kopi Wonda.


Menurut Pengarah Pentadbiran, Aiza Ahmad, 37, menerima tiket percuma MRT ke Bukit Bintang oleh Kopi Wonda ibarat satu penghargaan kepadanya yang merupakan peminat setia kopi itu sejak tiga tahun lepas.


“Saya memang suka kopi ini sejak dahulu, tak sangka pagi ini dengan membeli kopi, saya dapat naik MRT percuma ke Bukit Bintang. Saya harap langkah seperti ini diteruskan lagi untuk menghargai semua peminat Kopi Wonda seperti saya,” katanya.


Bagi Jurutera Automotif, Aaron Wong, 22, dia tidak menyangka pembelian kopi itu buat pertama kali membolehkannya ke tempat kerja secara percuma.


Menurutnya, dia sememangnya tidak cukup tidur semalam dan memerlukan air kopi untuk berasa lebih segar sebelum memulakan perjalanan.


“Ini idea yang cukup baik untuk mendekati pelanggan baharu seperti saya.  Saya mungkin akan membuat pembelian kopi ini di masa akan datang.


Bermula 28 Ogos hingga 2 September ini, para penggemar kopi boleh mendapatkan Kopi Wonda dalam set empat tin dengan harga promosi RM4.99 di semua kedai serbaneka dan pasar raya yang mengambil bahagian.


Sepanjang tempoh promosi ini, pembeli menerima sebotol Kopi Susu Wonda 340ml dari rangkaian Speedmart, selain tawaran hebat ‘beli satu percuma satu’ di rangkaian myNEWS sepanjang tempoh promosi.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]