Penjawat awam perlu percaya pada kerajaan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Seorang senator hari ini berkata penjawat awam perlu patuh dan berkhidmat sepenuhnya dengan kerajaan yang telah dipilih rakyat bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.


Datuk Seri Khairudin E.S Abd Samad berkata peralihan kerajaan daripada BN kepada PH sememangnya satu situasi baharu yang mungkin menyukarkan penjawat awam dalam melaksanakan tugas, namun perkara tersebut perlu ditangani.


“Pegawai kerajaan, kalian perlu berkhidmat untuk kerajaan pada hari ini. Tidak boleh belot, tak boleh itu ini… kena buat kerja kerana yang akan menerima akibatnya (jika tidak bekerja) adalah rakyat. Saya tahu untuk berhadapan dengan kerajaan baharu bagi pegawai kerajaan bukan mudah.


“Begitu juga dengan menteri baharu kerajaan PH, untuk berhadapan dengan pegawai kerajaan bukan mudah tetapi perlu ada sikap saling mempercayai,” katanya ketika berucap menyokong usul menjunjung  kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada perasmian persidangan Parlimen, 17 Julai lalu,  di Dewan Negara di sini.


Usul berkenaan dibawa oleh Senator Dr Mohd Nor Monutty.


Khairudin berkata kerajaan juga perlu yakin akan keupayaan pegawai kerajaan dengan menimbang cadangan yang diberikan mereka dalam melaksanakan perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat. -Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]