Rusia bakal adakan latihan ketenteraan terbesar bulan depan

in Global by


MOSCOW – RUSIA. Rusia akan mengadakan latihan ketenteraan terbesar sejak perang dingin pada bulan depan disertai kira-kira 300,000 tentera dan 1,000 pesawat.


Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu, hari ini berkata latihan Vostok-2018 akan berlangsung pada 11 hingga 15 September depan di timur negara terbabit yang akan turut menyaksikan penyertaan China dan Mongolia.


“Ia adalah latihan sama seperti Zapad-81( latihan ketenteraan di Eropah Timur pada 1981), namun lebih besar. Bayangkan 36,000 peralatan ketenteraan digunakan serentak dalam situasi sama seperti dalam pertempuran sebenar,” ujarnya.


Tahun lalu, latihan ketenteraan Zapad-2017 yang diadakan di Belarus dan wilayah Rusia turut disertai kira-kira 12,700 tentera. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]