Umno tak kisah jika tanah kurnia dirampas

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Umno Johor tidak mempunyai masalah sekiranya kerajaan negeri kini berpendapat bahawa merampas kembali tanah-tanah yang dikurniakan kepada parti tersebut adalah langkah yang terbaik.


Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, namun kerajaan negeri haruslah mempamerkan ketelusan dan keadilan dalam perkara itu selain memastikan tindakan sedemikian bukan disasarkan kepada Umno Johor sahaja.


“Perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk kepada semua pihak yang mempunyai tunggakan cukai dan gagal bangunkan sebarang tanah kurnia. Dengan cara ini kerajaan negeri dan Menteri Besar akan kelihatan adil, telus dan profesional. Bukannya berniat membalas dendam kepada Umno.


“Saya pasti kerajaan negeri dan menteri besar tak mahu dilihat dengan jolokan buruk siku atau suka mengungkit-ungkit. Yang pasti, biar apa pun keadaan dan pandangan kerajaan negeri kepada Umno Johor, kami akan terus berusaha cari jalan terbaik berkhidmat kepada masyarakat Johor,” katanya di sini, semalam.


Katanya, setiap pemberian dan sumbangan kepada Umno akan diterjemahkan ke dalam bentuk program serta penggunaan yang membawa faedah kepada seramai mungkin mereka yang memerlukan.


“Kesemua ini bukan sahaja memerlukan masa, tetapi strategi serta pertimbangan yang sewajarnya. Kedua, Umno Johor bukanlah sebuah gerakan kapitalis yang berasaskan keuntungan.


“Jadi sebarang proses pembangunan yang hendak dilakukan di atas tanah kurnia Umno mestilah dilakukan dengan cara terbaik demi manfaat masyarakat sekeliling, bukannya dibangunkan dengan cara lepas tangan dan semberono,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]