AS gelisah Turki beli S-400

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT . Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), James Mattis berkata negaranya prihatin mengenai niat Turki untuk membeli sistem pertahanan udara Rusia S-400 dan Washington menganggap ia sebagai langkah kurang bijak.


Dalam taklimat akhbar di Pentagon semalam, Mattis memberi amaran kepada Ankara berhubung pembelian sistem pertahanan peluru berpandu dari Rusia dan berkata AS tidak “tidak mengesyorkan” pembelian itu.


“Sebagai negara berdaulat, Turki mempunyai pilihan untuk membuat keputusan.


“Tetapi jelas Turki membawa masuk sistem anti-pesawat dan anti-roket Rusia ke negara Nato, kami tidak boleh membiarkan ia dibawa masuk ke Nato.


“Ya, ia membimbangkan kami dan kami tidak mencadangkannya,” katanya.


Sistem S-400 atau Triumf Mobile Multiple Anti-Aircraft Missile System (AAMS), merupakan sistem peluru berpandu Rusia yang maju.


Ia direka untuk mengesan, menjejak dan menghancurkan pesawat, dron atau peluru berpandu sejauh 402 kilometer.


Ia sebelum ini hanya dijual kepada China dan India.


Washington menyekat penjualan jet pejuang Lockheed Martin ke Turki awal bulan ini sebagai tindak balas kepada keputusan Ankara untuk membeli sistem pertahanan udara Rusia S-400.


Turki, bagaimanapun, telah menunjukkan keazaman untuk meneruskan rancangan pembelian dan telah membuat pembayaran pertama untuk sistem anti-peluru berpandu tahun lepas.


Rusia telah mengumumkan bahawa kumpulan pertama sistem S-400 akan dihantar ke Turki tahun depan. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]