Keberkesanan pemasaran atas talian

in Bisnes by


CINTAMAMA Enterprise, butik sehenti keperluan ibu dan anak, yakin mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini ke atas produk penjagaan kehamilan, serta kelengkapan ibu dan anak setelah berjaya menembusi pemasaran atas talian.


Pengusahanya, Norizan Ayob berkata, sebelum ini, Cintamama bergerak secara ‘offline’ dan jualan dicatatkan hanyalah sekitar RM3,000 hingga RM5,000 untuk sebulan.


“Bagaimanapun, setelah menyertai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) yang membantu memperkasakan peniaga tempatan untuk pertum­buhan ekonomi digital, Cintamama berjaya menca­tatkan jualan sekali ganda pada 2018.


“Ditambah pula, Cinta­mama mulai memasarkan produk di bawah program Blee kendalian platform e-dagang MyBazar awal tahun ini, sememangnya saya yakin Cintamama Enterprise mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini melihat kepada keberkesanan pema­saran atas talian,” katanya.


Norizan yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak lima tahun lalu, berkata, beliau akui walaupun Cintamama Enterprise sudah berada lama di pasaran, tetapi jenama itu masih belum dikenali ramai.


“Bagaimanapun, Alham­dulillah, selepas bersa­ma MDeC dan Mybazar kini, jena­ma Cintamama Enter­prise lebih dikenali, hasil pemasaran menerusi atas talian. Sedikit sebanyak ia membantu mengukuhkan jenama sekaligus pertum­buhan jualan dapat diperting­katkan dari masa ke semasa,” katanya.


Beliau berkata, selain mengeluarkan produk keper­luan ibu dan anak di bawah jenamanya, Cinta­mama turut menyediakan kepelbagaian jenama produk di bawah satu bumbung seperti keperluan bersalin antaranya barut , ubatan herba tradisional dan herba mandian.


“Produk lain yang boleh sama didapati adalah bengkung berpantang zip atau bertali, barut bayi samada bertali, berpelekat velcro atau barut gantung, tuam bayi herba, bantal kekabu, selimut bertopi atau berpelekat, nursing cover untuk ibu menyusu, kurung, jubah, dan lain-lain.


“Di samping itu, Cinta­mama turut menjadi penge­dar jenama popular termasuk Pureen, Babylove, Autumnz, Mumdreams, Spectra Pumps, Tommee Tippee, Avent dan banyak lagi.


“Bagaimanapun, Cinta­mama masih mengutamakan roduknya yang sudah ten­tunya memberi ‘nilai tambah’ kepada perniagaan contoh baju-baju menyusu yang boleh dipakai sama ada di rumah, bersantai mahupun ke pejabat.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]