Lagi Pegawai Kanan PDRM tukar jawatan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 1 Oktober ini.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata mendahului senarai adalah Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Sabah, Asisten Komisioner Abdul Razak Hassan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Pahang.


Menurutnya, tempat Abdul Razak akan diambil alih Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman, Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais.


“Seterusnya, pertukaran lain adalah Superintendan Penilaian Prestasi dan Pemeriksaan, Cawangan Penilaian Prestasi dan Pemeriksaan Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintendan Zaiton Hussain.


“Beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pada masa sama, Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bidor, Perak, Superintendan Wan Hamzah Wan Kadir pula dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.


Tambahnya, Pegawai Turus Risikan Cawangan Risikan/Operasi, Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman, Superintendan Zamri Deris dilantik sebagai Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.


“Pertukaran keenam pula melibatkan Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah.


“Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Sabah dengan memangku pangkat Superintendan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]