Pulangkan duit saya… : Fatiya Latiff

in Hiburan by
Pelakon, Fatiya Latiff.

Pulangkan duit saya… : Fatiya Latiff


PELAKON, Fatiya Latiff tampil dengan lantang menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap sebuah stesen TV popular di akaun media sosialnya.


Malah Fatiya mendakwa dia mempunyai bukti kukuh dalam menuntut haknya itu.


“Tolong pulangkan duit saya untuk projek kormersial yang pernah saya buat beberapa tahun lalu. Jangan putar belit cerita.


“Kontrak ada semua jawapan dan baca betul-betul sebelum mendengar daripada pekerja-pekerja anda,” tulisnya.


Pada masa sama di ruang kapsyen pada gambar yang dimuat naik tersebut, Fatiya turut menyifatkan bahawa pekerja-pekerja di stesen tersebut tidak berlaku adil dan mengibaratkan mereka seperti Dajal.


“Sebab tu rating turun sebab pekerja macam ‘dajal’. Cerita-cerita sedap suka hati korang tolak. Lepas tu pelakon baru korang sukalah sebab senang nak buli.


“Korang sedar tak korang kuli batak. Produser hebat penat pitching tapi korang ambil cerita lemau kampung yang tak stimulate dengan otak,” coretnya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]