Selepas bercerai, Jeslina kini bahagia bersama teman baharu

in Hiburan by
Penyanyi, Jeslina Hashim.

Selepas bercerai, Jeslina kini bahagia bersama teman baharu


LAMA tidak mendengar khabar penyanyi yang pernah satu ketika popular menerusi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia ini.


Berpeluang bertemu dengannya pada malam gala filem Munafik Isnin lalu, ditanya mengenai kehidupannya sekarang, Jeslina Hashim, 40, berkata dia kini bahagia di samping anak-anaknya dan teman baharu yang dikenali, Tunku Eddy Nasruan Adil Mudzaffar.


Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, hubungannya bersama pengarah platform beli-belah dalam talian, Pasar, itu bermula sejak tiga tahun lalu.


Pun begitu mereka belum merancang untuk ke fasa selanjutnya.


“Kami berkenalan lebih kurang tiga tahun. Untuk perancangan ke fasa selanjutnya, belum ada lagi. Kebanyakannya plan untuk holiday sahaja.


“We take very small step, very slow and no rush.


“Anak-anak saya pun sayang sangat dengan dia. Perangai pun dah macam anak saya.


“Apa pun, saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang,” tuturnya.


Dalam perkembangan terkini, Jeslina banyak memberikan tumpuan kepada bisnes dan keluarganya.


“Sekarang saya banyak luangkan masa dengan bisnes, travel dan anak-anak.


“Biasanya anak-anak akan bersama dengan saya seminggu kemudian bersama bekas suami saya seminggu,” ujarnya.


Jeslina atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohd Hashim telah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada tahun 2005 namun bercerai pada 2013.


Menerusi perkahwinan itu, Jeslina dikurniakan dua cahaya mata, Micah, 11, dan Keira, 9

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]