Seorang maut, lebih 30 cedera serangan bom selatan Filipina

in Global by


COTABATO – FILIPINA . Letupan sebutir bom buatan yang disembunyikan di bawah motosikal mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan lebih 30 lain dalam satu festival jalanan tempatan di selatan Filipina, semalam.


Letupan berlaku berhampiran sebuah pasar malam di Isulan, wilayah Sultan Kudarat, menyebabkan orang ramai lari bertempiaran.


Ketua Polis Wilayah, Noel Kinazo berkata, menurut laporan awal, seorang mangsa maut, seorang kritikal manakala 34 lain cedera.


Sementara itu, pejabat Datuk Bandar berkata, dua butir bom ditemui di kawasan itu dan berjaya dimatikan.


Pegawai polis tempatan berkata, bom terbabit meletup berhampiran sebuah stesen minyak ketika Isulan meraikan ulang tahun ke-61 pengasasannya.


Serangan itu, didakwa dilakukan Daesh adalah keganasan terbaharu di selatan negara majoriti Katolik itu.


“Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang ada kaitan dengan Daesh memiliki matlamat paling kukuh melaksanakan serangan seperti ini,” kata Kapten Tentera, Arvin Encinas. – Reuters/AFP




 


Source: SH Global

[featured-video-plus]