SST: Boon Siew Honda jangka sedikit terjejas

in Bisnes by


BOON Siew Honda Sdn Bhd, pengedar motosikal Honda di Malaysia menjangka menerima sedikit kesan daripada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Keiichi Yasuda berkata, 99 peratus daripada jualan motosikal syarikat di bawah 250 cc dikecualikan daripada SST.


“Beberapa bahan yang digunakan dalam pengeluaran model terbabit (motosikal di bawah 250 cc) akan terjejas oleh SST, tetapi ia sangat kecil,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan model Honda terbaru di sini, hari ini.


Menurutnya, motosikal di atas 250 cc akan terjejas oleh SST dan akan ada kenaikan harga.


Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat itu masih mengkaji peratusan kenaikan tersebut.


“Motosikal besar diimport dari Jepun dan Thailand dan akan menerima kesan daripada SST, jadi kami harus mempertimbangkan harga,” katanya.


Boon Siew Honda menguasai kira-kira 30 peratus jualan motosikal di negara ini. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]